Wednesday, April 21, 2010

PERLAKSANAAN

Untuk melaksanakan projek tanaman cili secara fertigasi ini, pengurusan segala gerak kerja perlu dilakukan secara teratur dan sistematik. Langkah perlaksanaan projek ini adalah seperti beikut :

1) Penyediaan biji benih

2) Semaian Anak Benih

3) Membuat Larutan Stok

4) Penyediaan Beg Tanaman

5) Penanaman

6) Pembajaan

7) Pengurusan Sistem Pengairan

8) Kawalan serangga perosak dan penyakit

9) Penyelenggaraan tanaman

10)Penuaian

11)Pengendalian Lepas Tuai

Penyediaan Biji Benih

Gunakan biji benih yang tulen dan berkualiti. Pastikan biji benih yang digunakan bebas dari sebarang penyakit dan tiada kesan serangan serangga. Gunakan benih yang peratus percambahannya tidak kurang dari 90%.

Ujian percambahan perlu dilakukan sekiranya benih telah tersimpan lama di dalam stok. Apabila percambahannya tidak mencapai tahap yang sepatutnya, biji benih perlu diganti dengan benih baru. Dalam keadaan tertentu, rawatan biji benih perlu dibuat.



Semaian Anak Benih

Sekiranya seseorang pengusaha dapat menyediakan anak benih tanaman dengan baik, secara tidak langsung boleh menjamin 50% kejayaan. Peat moss ialah medium yang paling baik untuk dijadikan medium percambahan. Dengan menggunakan biji benih yang diperoleh dari sumber atau pembekal yang boleh dipercayai, peat moss pasti dapat memberi pertumbuhan anak benih yang baik.

Dulang semaian sama ada daripada jenis plastik hitam atau plug polistirena boleh digunakan. Anak benih mudah dikeluarkan tanpa menjejaskan akar pokok. Dulang semaian diisi dengan peat moss dan pastikannya tidak padat atau terlalu longgar. Buatkan lubang dengan mencucukkan jari telunjuk sedalam 1 cm.

Masukkan biji benih yang telah dirawat denga racun kulat thiram atau captan ke dalam lubang-lubang ini. Satu biji benih bagi setiap satu plug. Siram biji-biji benih ini dengan air bersih menggunakan penyembur tangan kecil bagi memastikan biji-biji benih basah dan dapat bercambah. Lubang-lubang biji benih ini jangan dikambus terlalu padat.

Dulang-dulang semaian ditutup dengan helaian plastik hitam dan diletakkan di bawah teduhan. Biarkan beberapa hari untuk biji benih bercambah, biasanya 4 – 6 hari . Plastik hitam dibuka selepas 4 hari dan dedahka dulang semaian pada cahaya matahari di dalam takung

pembesaran di rumah semaian bagi memastikan anak-anak pokok tumbuh tegap dan tidak kurus.

Takung pembesaran dilengkapi dengan sistem pengairan NFT dengan larutan bajanya berkitar dengan bantuan pam kecil akuarium (32 – 40 watt). Anak-anak benih diberikan larutan baja dengan kepekatan EC=1.6 μS dan ditingkatkan kepekatannya seminggu kemudian sehingga EC = 2.5 μS. Setelah 2 minggu, anak-anak benih ini sedia untuk diubah ke beg-beg tanaman.



Membuat Larutan Stok

Larutan stok disediakan dengan kepekatan 100x ganda daripada yang diperlukan oleh pokok. Boleh juga disediakan dalam kepekatan 200x ganda untuk mengurangkan ruang menyimpan tangki larutan stok. Kalsium Nitrat, Ca(NO3)2 mestilah disediakan secara berasingan daripada sebatian yang mengandungi PO4 dan SO4 untuk mengelakkan berlakunya tindak balas kimia dan terjadinya pemendakan.

Biasanya larutan Ca(NO3)2 dan zat ferum disatukan dan disediakan berasingan daripada 9 sebatian lain. Larutan stok ini, Ca(NO3)2 dan zat ferum dilabelkan dengan LARUTAN ’A’ manakala larutan yang mengandungi sebatian-sebatian lain (KNO3, KH2PO4, MgSO4, MnSO4, CuSO4, ZnSO4, asid borik, ammonium molibdat atau natrium molibdat dilabelkan dengan LARUTAN ’B’. Perlu diingat bahawa

semasa membuat larutan baja, kedua-dua larutan stok tidak boleh dicampurkan serentak. Larutan stok hendaklah dituang satu persatu bagi mengelakkan berlakunya sebarang tindak balas kimia yang mewujudkan sebatian lain yang tidak larut.



Penyediaan Beg Tanaman

Ukuran beg plastik yang biasa digunakan ialah 30 cm panjang dan 45 cm lebar. Sebaiknya plastik putih bagi mengurangkan peningkatan suhu di dalam coco peat. Beg-beg tanaman ini setelah diisi dengan coco peat, dicantum (staple) hujungnya (mulutnya) dan disusun baring bagi membentuk bantal-bantal kecil. Untuk memudahkan kerja-kerja pengendalian (memunggah, mengangkat dan menyusun), gunakan satu bantal untuk satu pokok.

Disyorkan coco peat dibasahkan dan dituskan dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bantal-bantal plastik untuk mengelakkan masalah hidung atau mata berair. Sebanyak 2 – 2.5 kg coco peat lembap diperlukan untuk setiap bantal tanaman. Sebanyak 3 – 4 lubang untuk laluan keluar lebihan larutan baja dibuat di kiri kanan beg- beg tanaman menggunakan pisau kecil lebih kurang 3.5 – 5 cm dari aras tanah. Kerja ini dilakukan pada hari atau sehari selepas menanam.



Penanaman

Anak benih yang berumur 10 – 16 hari selepas cambah sedia untuk diubah ke atas bantal-bantal berisi coco peat. Pada peringkat ini ketinggian pokok 10 – 12 cm. Anak-anak pokok boleh juga diubah lebih awal lagi tanpa menjejaskan pertumbuhan pokok. Beg-beg tanaman ditebuk sama ada berbentuk tingkap atau bentuk X.

Anak-anak benih bersama plug peat moss dimasukkan ke dalam lubang yang dikorek pada-pada bantal-bantal tanaman dan dipadatkan pangkalnya. Tali lanjaran (tali bagi pokok memanjat atau melilit ke atas) diikat ke pangkal pokok dan dililitkan ke batang pokok. Dawai penggantung ini biasanya direntang kemas sama ada memanjang atau melintangi struktur pelindung tanaman mengikut pergerakan matahari. Dawai ini mestilah cukup tinggi (2.5 m) untuk mewujudkan pengudaraan yang baik.

Pastikan bahawa sistem pengairan titis berfungsi. Penitis dicucukkan ke pangkal pokok agar anak-anak pokok yang baru ditanam mendapat bekalan larutan baja setiap kali pam dihidupkan. Pemriksaan seniasa dilakukan pada setiap pokok untuk memastikan kesemuanya menerima titisan larutan baja.



Pembajaan

Fertigasi menggunakan baja khusus yang bermutu tinggi yang dikenali sebagai ’Glasshouse Grade’ . Baja-baja yang digunakan mengandungi

unsur-unsur atau nutrient mikro dan makro. Sebanyak 14 jenis unsur dalam bentuk sebatian (nitrogen, phosphorus, kalium, kalsium, sulfat, magnesium, mangan, ferumi, kuprum, zink, boron, ammonium, molibdenum dan natrium) diperlukan sebagai asas bagi memdapatkan satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok yang baik (unsur lain seperti oksigen, hidrogen dan karbon diperoleh daripada udara). Terdapat 2 formulasi baja yang sering digunakan iaitu formulasi Larutan Wyne dan formulasi Larutan Cooper.

No comments:

Post a Comment