Wednesday, April 21, 2010

Pengurusan Sistem Pengairan


Pengurusan Sistem Pengairan

Pembekalan larutan baja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan dengan bantuan alat pengatur masa (timer). Kekerapan dan tempoh masa setiap penitisan bergantung pada jenis tanaman dan peringkat umur tanaman

Tempoh masa penitisan tidak terlalu panjang bagi menghalang pembaziran larutan baja. Dalam tempoh penitisan yang panjang, jumlah larutan baja yang diberikan akan melebihi kemampuan bagi coco peat untuk menyerap dan menyimpannya. Penitisan selama 5 – 6

minit bagi setiap 2 jam (pada siang hari) adalah memadai untuk tanaman yang ditanam di tanah rendah. Dalam tempoh ini, tiap-tiap pokok menerima lebih kurang 100 – 150 ml larutan baja. Sistem pengairan titis memang mudah tersumbat akibat timbunan garam galian dan juga lumut. Pokok perlu diperiksa setiap hari untuk mengesan mana-mana penitis yang tersumbat.

Pemeriksaan yang cekap boleh dilakukan antara pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Pemeriksaan pada waktu petang mungkin terlalu lewat untuk memulihkan mana-mana pokok yang telah layu akibat tidak mendapat larutan baja. Apabila penitis tersumbat, pokok akan layu. Biasanya pokok layu bermula dari daun muda atau pucuk. Cabut penitis dari tiub dan bersihkan.

Penggunaan penapis lazimnya boleh mengurangka masalah ini. Walaubagaimana pun perlu diingat bahawa penapis mestilah sentiasa bersih dari semasa ke semasa untuk menjamin keberkesanannya. Kejadian penimbunan sisa garam galian di dalam medium tanaman sering berlaku di kawasan tanah rendah tropika. Untuk mengelakkan kejadian ini, medium tanaman disyorkan supaya dibilas dengan air bersih setiap kali sebelum pengisian semula tangki larutan baja dilakukan.

No comments:

Post a Comment